Friday, January 1, 2010

SALAM HIJRAH..SALAM 1 MALAYSIA..

Assalamualaikum..(",)

Izinkan diri ini menggunakan kata ganti diri ”saya” sebagai menghormati tetamu umum di ruangan ini.

Sewaktu ingin mengungkapkan ayat2 pertama saya di ruangan ini, saya teringat bait-bait lagu penyanyi bersuara serak yang terkenal suatu ketika dahulu, Ramli Sarip.

"Dengar wahai teman, dengarkan bersama.
Aku menulis bukan kerana nama.
Kita sama, semuanya sama.
Apa yang ada hanyalah kehidupan."


Kalaulah boleh, saya juga ingin meluahkan suara hati saya..

"Aku menulis bukan kerana banyak yang ku tahu..
Kerana sesungguhnya lebih banyak aku tak tahu berbanding apa yang ku tahu.
Aku menulis bukan kerana aku pandai bermadah..
Kerana sesungguhnya aku bukanlah penyair berbahasa indah.
Aku menulis bukan kerana aku minat menulis..
Kerana sesungguhnya aku memang tidak suka menulis.
Tetapi aku menulis hanyalah kerana satu..aku suka share..ya..aku suka berkongsi.."


Moga ruangan ini mampu saya manfaatkan sebagai tanda praktikal ke arah menjadi insan yang sentiasa ”successful”. Saya amat terkesan dengan definisi ”success” John C. Maxwell.

"Success is...
knowing your purpose in life,
growing to reach your maximum potential, and
sowing seeds that benefit others."

What is my purpose in life? What is your purpose in life?

Hingga bertemu lagi, wassalam..(",)

WMI